[{"id":4,"title":"Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah TAJDID Corporation Kali Ke-9 (3\/2025)","slug":"mesyuarat-ahli-lembaga-pengarah-tajdid-corporation-kali-ke-9-3-2025-","excerpt":"Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah TAJDID Corporation Kali Ke-9 (3\/2025) telah berlangsung pada 3 Disem...","content":"Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah TAJDID Corporation Kali Ke-9 (3\/2025) telah berlangsung pada 3 Disember 2025 di Bilik Mesyuarat Utama TAJDID Corporation, Kuala Terengganu. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YB Tuan Haji Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman Hj. Khuz, Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian Dan Teknologi Hijau Negeri Terengganu merangkap Pengerusi TAJDID Corporation Sdn. Bhd.\nTurut hadir ialah barisan Ahli Lembaga Pengarah termasuk YB Dato' Haji Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Kesihatan), YB Ustaz Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi (Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah Dan Pemerkasaan Syariah), Tuan Haji Zuwislan Bin Awang (Setiausaha Dewan Undangan Negeri), Tuan Haji Mazli Zakuan Bin Mohd Noor (Pengarah MBI Modal Sdn Bhd), Puan Norliza Binti Ismail (Setiausaha Bahagian, Pembangunan Teknologi Maklumat) dan Tuan Haji Azih bin Yusof.  Mesyuarat membincangkan pelbagai perkara penting merangkumi prestasi semasa, hala tuju strategik, serta inisiatif untuk memantapkan kecekapan operasi, kelestarian ekosistem digital dan pembangunan solusi pintar negeri.\nTAJDID Corporation turut menekankan komitmen dalam memperkasa peranan sebagai peneraju transformasi digital, serta memastikan kejayaan pelbagai inisiatif ekonomi digital Negeri Terengganu. Pihak pengurusan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas sokongan berteruskan yang diberikan oleh semua Ahli Lembaga Pengarah.","image":"[\"https:\\\/\\\/backendwebsite.tajdidcorporation.com.my\\\/tajdid-api\\\/uploads\\\/logo_1777535048_6bcefb8f.PNG\"]","category":"general","is_featured":1,"views":1,"published_at":"2025-12-03 00:00:00","created_at":"2025-12-11 11:30:21","date":"2025-12-03"}]